Tips Beli Emas: Jangan Bergantung Pada Harga Rendah Semata-mata
Pelaburan emas boleh mendatangkan kerugian sekiranya nilai pasaran jatuh menjunam, seperti yang berlaku antara 2011 hingga 2016 lalu.
- Harga emas telah jatuh lebih 25% sejak paras tertinggi Januari lalu, bermakna pelaburan RM10,000 kini hanya bernilai RM7,500.
- Pelabur perlu berhati-hati kerana emas pernah kehilangan 45% nilainya antara 2011 dan 2016, jadi kesabaran jangka panjang amat penting.
- Sebelum membeli emas, utamakan simpanan kecemasan, pertimbangkan jangka masa pegangan, dan bandingkan spread antara platform pelaburan yang berbeza.
Jangan lupa follow channel VoxPopbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Harga emas telah mencatatkan paras terendah pada minggu ini sejak 21 November 2025, susut kepada AS$4,220 (RM17,130) seauns atau sekitar RM549 segram pada 10 Jun.
Ini berlaku susulan serangan baharu oleh Amerika Syarikat ke atas Iran yang menyebabkan peningkatan harga minyak.
Sehubungan itu, Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Rizal Palil berkata, harga emas dijangka bergerak dalam lingkungan RM540 hingga RM570 bagi minggu ini.
Penurunan harga emas ini mungkin membuatkan ramai yang rambang mata untuk memulakan atau menambah pelaburan. Apatah lagi apabila ramai yang pernah berkongsi pengalaman manis menjual emas yang disimpan.
Baca Artikel Berkaitan: “Beli Dulu RM5,569” – Wanita Jual Gelang Emas Dibeli 7 Tahun Lalu Raih RM13,888!
Baca Artikel Berkaitan: “Ya Allah Tak Sangka” – Wanita Terkejut Untung Cecah RM5,000 Jual Emas Lama
Melabur Dalam Emas Ketika Harga Murah, Adakah Akan ‘Panic Sell’ Jika Nilai Terus Menurun?
Pun begitu, keputusan besar sedemikian tidak sepatutnya dibuat secara tergesa-gesa dan banyak faktor lain yang perlu diambil kira terlebih dahulu.
Itulah yang turut dijelaskan oleh penghasil kandungan pendidikan kewangan, The Futurizts, menerusi hantaran di Threads baru-baru ini.
Menurutnya, nilai emas telah berkurangan lebih 25% sejak paras tertinggi dicatatkan pada Januari lalu. Ini bermakna RM10,000 yang dilaburkan ketika itu kini menurun kepada RM7,500.
Penurunan harga juga membuatkan sesetengah individu berpendapat bahawa ia adalah waktu yang sesuai untuk membuat pembelian emas.
Namun The Futurizts berkata pelabur perlu berhati-hati sekiranya harga emas terus menurun. Katanya, nilai emas pernah jatuh menjunam sehingga kehilangan lebih 45% nilainya antara 2011 ke 2016.
“Jika sejarah berulang, bolehkah anda menyimpan emas itu bagi tempoh lima tahun akan datang atau anda akan panic sell?” soalnya.
Tips Sebelum Beli Emas, Bukan Hanya Lihat Pada Harga
Bagi membantu golongan pelabur membuat keputusan, The Futurizts berkongsi tindakan yang diambil olehnya sebelum menambah pelaburan emas dan bukan sekadar bergantung kepada nilai semasa.
#1. Simpan Emas Buat Jangka Masa Panjang
Ini termasuklah mempertimbangkan jangka masa pegangan terhadap pelaburan emas yang dibuat.
Dia mencadangkan agar pelaburan emas dipegang buat tempoh jangka masa panjang iaitu sekitar lima ke 10 tahun.
#2. Utamakan Simpanan Kecemasan Dahulu
Dalam masa sama, apa yang lebih penting adalah mempunyai simpanan yang boleh digunakan bagi tujuan kecemasan.
Jika tidak, pegangan emas yang dimiliki mungkin akan terpaksa dijual pada harga lebih murah untuk menampung perbelanjaan tersebut.
Bagi The Futurizts, dia mengutamakan simpanan kecemasan terlebih dahulu, iaitu sekitar tiga ke enam bulan pendapatan bagi pelaburan terpaksa dilepaskan apabila berlakunya kecemasan.
#3. Bandingkan ‘Spread‘ Antara Platform Berbeza
Di samping itu, dia turut mengingatkan para pelabur agar mengambil kira perbezaan ‘spread’ pada platform pelaburan emas berlainan.
Secara ringkasnya, spread adalah perbezaan antara harga membeli dan menjual emas yang ditetapkan oleh setiap platform.
Sudah tentulah pilihan terbaik adalah untuk membuat pelaburan di platform dengan spread yang terendah dan harga yang menghampiri nilai pasaran semasa emas.
View on Threads
Pelabur Boleh Rugi Apabila Nilai Emas Menurun, Berbeza Dengan ASB Yang Tiada Pulangan Negatif
Diingatkan sekali lagi bahawa pelaburan emas boleh mendatangkan kerugian seperti yang telah pun berlaku sebelum ini.
Oleh itu, janganlah termakan pujuk rayu atau ‘kemewahan’ yang ditunjukkan oleh pihak tertentu apabila kononnya menerima keuntungan daripada pelaburan yang dibuat.
Seperti yang dinyatakan oleh The Futurizts, ramai yang berkongsi bagaimana mereka membuat keuntungan ketika emas mencecah paras tertinggi dari 2022 ke 2025.
Malah ada yang turut membandingkan prestasi nilai emas dengan pelaburan dalam Amanah Saham Berhad (ASB).
Namun diingatkan bahawa ASB merupakan instrumen pelaburan yang stabil dan tidak mendatangkan kerugian, berbeza dengan emas.
View on Threads
Beli Emas Fizikal Sebenarnya Datang Dengan Pelbagai Kos Lain
Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan orang ramai agar membuat pelaburan menerusi pembelian emas secara fizikal kerana nilainya yang dapat ‘kekal stabil’.
Namun keputusan ini sebenarnya datang dengan banyak kos lain secara tidak langsung, termasuk:
- Bayaran upah, terutamanya bagi barangan kemas.
- Kos keselamatan, termasuk sewaan kotak keselamatan di bank.
- Kos kerugian, sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Melabur Pada Emas VS Perak, Mana Lebih Untung? Ini Pandangan Pakar Kewangan
Baca Artikel Berkaitan: Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran Walaupun 0% Interest Rate? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Nak Melabur Tapi Tak Tahu Di Mana? Jom Cuba Aplikasi-aplikasi Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial VoxPopbm , , Threads dan .



