Saintis Temui ‘Kubur Paus’ Terbesar Di Dunia, Jadi Habitat Banyak Haiwan Marin Dipercayai Spesies Baharu
‘Kubur paus’ gergasi yang dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 5.3 juta tahun itu ditemui di Zon Retakan Diamantina di laut Samudera Hindi.
- Para penyelidik menemui kubur paus terbesar, terdalam dan tertua di dunia di Samudera Hindi, berusia sehingga 5.3 juta tahun.
- Kubur paus itu menjadi habitat pelbagai haiwan marin, termasuk spesies baharu, dengan bangkai paus menjadi sumber nutrien penting.
Jangan lupa follow channel VoxPopbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Laut yang terbentang luas merupakan tempat tersimpannya pelbagai khazanah dan rahsia alam yang kebanyakannya masih belum diketahui oleh manusia.
Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik antarabangsa telah membuat satu penemuan yang menggemparkan dalam dunia biologi marin.
Dalam satu artikel jurnal diterbitkan di Nature, para penyelidik melaporkan penemuan ‘kubur paus’ gergasi di koridor lautan di laut Samudera Hindi berhampiran Australia.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja, Ikan Paus Terlihat 2 Kali Dengan Jelas Di Perairan Langkawi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini ‘Dark Side’ Dolphin Yang Mungkin Ramai Tak Tahu, Tak Sangka Betul!
Kubur Paus Terbesar & Terdalam, Berusia Sekurang-kurangnya 5.3 Juta Tahun
Penemuan itu sekali gus menjadikannya sebagai kubur paus terbesar, terdalam dan tertua di dunia, dengan sesetengah fosil yang ditemui sehingga kedalaman 7,000 di di Zon Retakan Diamantina dan dicatatkan berusia sehingga 5.3 juta tahun.
Analisis yang dijalankan ke atas 43 fosil terpilih berjaya mengenal pasti lima spesies paus berparuh dan satu spesies paus baleen di perkuburan tersebut.
Lebih mengagumkan lagi apabila spesies ikan paus baharu turut dikenal pasti daripada sekitar 480 fosil di lokasi tersebut.
Spesies ikan paus baharu itu yang bagaimanapun telah pupus dinamakan sebagai Pterocetus diamantinae sempena lokasi penemuan tersebut.

Kubur Paus Jadi Habitat Haiwan Marin, Banyak Spesies Baharu Ditemui
Apa yang lebih menarik adalah kubur ikan paus itu yang menjadi habitat kepada pelbagai haiwan marin, termasuk ubur-ubur, cacing pemakan tulang, krustasea dan spesies lain yang banyaknya dipercayai sebagai spesies baharu.
Menurut penyelidik, bangkai ikan paus yang telah mati akan jatuh ke dasar laut, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘whale falls’. Bangkai ini kemudiannya akan menjadi sumber nutrien buat hidupan di dasar lautan.
Dalam penemuan ini, tisu lembut dan lipis dalam bangkai ikan paus yang terdapat di koridor itu adalah bersamaan kira-kira 6.7 juta tan karbon terasing.
“Tetapi menemui nekropolis pada skala ini sangat tidak dijangka: saiz, kedalaman dan julat usia adalah jauh berbanding apa yang kami bayangkan,” kata salah seorang penyelidik dari China, Xiaotong Peng kepada AFP.

Mungkin Banyak Bangkai Ikan Paus Kerana Kawasan Mencari Makanan Utama
Penemuan itu dibuat menerusi 32 tinjauan menggunakan kenderaan eksplorasi bawah laut Fendouzhe pada tahun 2023, tetapi baru sahaja didedahkan kepada umum minggu ini.
“Ekosistem pelbagai yang kami lihat menunjukkan perspektif yang amat berbeza terhadap dasar laut yang gelap dan sejuk ini,” kata penyelidik Peng Zhou yang menyifatkannya sebagai satu pengalaman menakjubkan.
Antara teori mengapa banyak bangkai ikan paus ditemui di sini adalah kerana koridor ini merupakan antara kawasan mencari makanan utama dan jurangnya yang berbentuk ‘V’ menyebabkan bangkai berkenaan jatuh ke dalamnya.
Malah saintis menganggarkan mungkin terdapat lebih 10 juta bangkai ikan paus merentasi kawasan Zon Retakan Diamantina itu.
Dalam masa sama, kajian itu menjelaskan bahawa fosil yang ditemui sepanjang projek dijalankan menunjukkan mungkin terdapat kawasan bangkai lain di Afrika Selatan, Sumatera Iberia dan kepulauan Crozet.
Baca Artikel Berkaitan: Pengarah Perikanan Terengganu Gesa Kajian Untuk Sahkan Ketulenan Muntah Ikan Paus
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Detik Lelaki Ditelan Ikan Paus Di Tengah Lautan Jadi Perhatian Ramai, Meremang Bulu Roma!
Baca Artikel Berkaitan: Bagai Dapat Nyawa Kedua, Lelaki Terselamat Selepas Ditelan Ikan Paus Gergasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial VoxPopbm , , Threads dan .



