VoxPop
Now Reading
Anak Asyik Menghadap Telefon? Ini 5 Tips Mudah Untuk Kurangkan Waktu Skrin Anak

Anak Asyik Menghadap Telefon? Ini 5 Tips Mudah Untuk Kurangkan Waktu Skrin Anak

Kanak-kanak yang terdedah kepada waktu skrin berlebihan boleh menyumbang kepada obesiti, masalah tidur dan kemurungan.

In Brief
  • Gantikan skrin dengan aktiviti lain seperti berbasikal atau melukis supaya anak lebih mudah menerima perubahan tanpa drama.
  • Jadilah contoh yang baik dengan kurangkan penggunaan telefon sendiri dan luangkan masa berkualiti bersama anak.

Jangan lupa follow channel  VoxPopbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Angkat tangan siapa pernah menghulurkan telefon kepada anak semata-mata mahu mereka diam seketika, jangan risau anda bukan keseorangan.

Bagi ramai ibu bapa muda, gajet dan telefon pintar sering menjadi penyelamat ketika anak meragam terutama ketika sedang melakukan tugasan penting atau sibuk menguruskan hal rumah.

Hakikatnya, anak-anak hari ini membesar dikelilingi skrin. Menurut laporan dari RinggitPlus, 98.3% Rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet dan jumlah ini sedang meningkat.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Paksa Anak Cepat Dewasa, Ini Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Sindrom ‘Hurried Child’ | VoxPop

Patut Ke Anda Hadkan Waktu Skrin Anak Anda?

Waktu skrin anak perlu dipantau. (Foto: Pexels)

Memetik laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengesyorkan kanak-kanak bawah 1 tahun tidak didedahkan kepada skrin, manakala kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun dihadkan tidak lebih satu jam sehari.

Tambahan pula, memetik laporan dari National Geographic Kids, terdapat kajian yang dilakukan yang melibatkan lebih 20,000 ibu bapa mendapati mengehadkan waktu skrin tidak menentukan keupayaan anak untuk berkembang.

Kajian tersebut turut mencadangkan teori goldilocks, iaitu amalkan sikap sederhana, tidak terlalu sikit dan tidak terlalu banyak.

Kesan Apabila Waktu Skrin Tidak Dikawal & Berlebihan
Banyak masalah akan timbul jika tak bendung dari awal. (Foto: Pexels)

Tidak dinafikan, jika kita tidak mengawal waktu skrin anak kita, risikonya tetap ada. Contohnya seperti artikel dari Motherhood, satu kajian pada 2018 mendapati kanak-kanak bawah 3 tahun yang bermain telefon dan menghadap skrin selama tiga jam sehari berisiko mengalami masalah lambat bercakap dan kurang tumpuan.

Jika melebihi tiga jam sehari, mereka berisiko menjadi hiperaktif.

Selain itu, dari aspek kesihatan pula, waktu skrin yang keterlaluan boleh menyumbang kepada obesiti, masalah tidur akibat cahaya skrin, serta sakit leher dan belakang berpunca daripada postur badan lemah.

Bukan itu sahaja, penggunaan skrin berlebihan boleh menyebabkan anak anda menghadapi kemurungan, anxiety terutama dalam kalangan kanak-kanak sedang membesar.

5 Cara Terbaik Untuk Kurangkan Waktu Skrin Anak Tanpa Bergaduh
Luangkan masa bersama anak. (Foto: Pexels)

Haa.. jangan risau, nak kawal waktu skrin anak ini boleh dibuat tanpa sebarang drama jika dilakukan dengan betul. Berikut adalah lima cara yang anda boleh cuba seperti:

#1, Gantikan, bukan rampas

Jangan tarik terus telefon atau gajet dari tangan anak. Sebaliknya, tawarkan pilihan lain dahulu seperti “jom main bina-bina” atau “lepas video ni habis, kita pergi berbasikal di luar”.

Anak lebih mudah menerima apabila ada alternatif.

#2. Wujudkan jadual yang konsisten

Contoh mudah seperti letakkan had masa 30 minit selepas makan atau satu episod sahaja supaya anak boleh belajar serta kenal waktu-waktu yang dibolehkan menghadap skrin.

#4. Luangkan masa bersama dengan aktiviti fizikal dan kreatif

Anda boleh ajar anak melukis, bermain di luar atau membina sesuatu menggunakan blok untuk mengajar anak untuk berfikir secara kreatif.

Tambahan pula, ini dapat mengurangkan minat anak terhadap skrin telefon.

#5. Jadi satu contoh yang baik

Jika kita sendiri asyik menghadap telefon 24 jam, sukar untuk anak kita buang tabiat ini.

Sebaliknya, buat aktiviti bersama anak supaya dapat kurangkan waktu skrin dan membina memori manis bersama.

Untuk Si Ayah Pula, Ikuti 3 Cara Ini Untuk Kurangkan Waktu Skrin Anak

Seorang bapa, Mohd Syafie turut berkongsi tiga kaedahnya mengurangkan waktu skrin anaknya sendiri:

#1. Sediakan jadual harian

Menurut Syafie, dia akan menghadkan waktu skrin anak kepada satu jam sehari dan masa tambahan boleh diperolehi sebagai ganjaran apabila anaknya melakukan tugasan harian rumah.

Konsepnya sama seperti mengejar KPI di tempat kerja.

#2. Utamakan masa bersama di luar rumah

Luangkan masa bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti berbasikal, bermain bola sepak, berkhemah dan macam-macam lagi yang boleh dimasukkan ke dalam jadual harian.

#3. Pelbagaikan aktiviti dalam rumah

Sediakan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti membaca buku, masak bersama anak untuk mengelakkan mereka cepat bosan dan bertindak mencari telefon pintar.

Tidak dinafikan, mengawal waktu skrin bukan perkara yang mudah, terutamanya pada peringkat awal.

Tetapi dengan konsisten dan sedikit kreativiti, ia tidak mustahil dan ingat matlamat utama bukan untuk menghapuskan skrin sepenuhnya, sebaliknya mencari keseimbangan yang sesuai untuk anak dan keluarga.

Baca Artikel Berkaitan: Risau Anak Tak Bercakap Sangat? Ini 7 Tips Buat Ibu Bapa Rangsang Si Manja Untuk Bercakap | VoxPop

Baca Artikel Berkaitan: Nak Anak Berhenti Main Gajet? Ini Kaedah ‘Cold Turkey’ Untuk Ibu Ayah | VoxPop


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial VoxPopbm , , Threads dan . 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 VoxPop. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd