Jenama Mewah Perancis Jual ‘Ubat Nyamuk T20’ Dengan Harga RM276
Mengeluarkan bau serai segar untuk mencipta suasana tenang seperti berada di taman.
- Diptyque, jenama wangian mewah Paris, tular di Threads kerana produk wangian baharu mereka menyerupai ubat nyamuk.
- Produk Citronnelle Incense Scented Spirals dijual dengan harga RM276 bagi satu set mengandungi enam gelung wangian serai.
- Netizen berseloroh mengenai produk itu, menggelarnya 'nyamuqe' dan membandingkannya dengan ubat nyamuk biasa yang lebih murah.
Jangan lupa follow channel VoxPopbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Diptyque merupakan antara jenama wangian mewah sangat terkenal dan popular dari Paris.
Namun baru-baru ini, jenama itu tular di Threads bukan kerana wangiannya, sebaliknya kerana produk dikeluarkan bentuknya hampir tidak dapat dibezakan daripada ubat nyamuk yang pernah kita guna masa kecil dulu-dulu.
Produk yang diberikan nama Citronnelle Incense Scented Spirals adalah keluaran baru jenama tersebut sempena koleksi musim panas tahun ini berjudul Summer Water Garden yang dipasarkan sebagai cara menikmati bau haruman mewah di ruang luar rumah.
View on Threads
Setiap Set Mengandungi Enam Gelung Dengan Wangian Harum Serai Segar
Menurut Diptyque, produk itu akan mengeluarkan bau haruman serai segar untuk mencipta suasana tenang seperti berada di taman, sekali gus mengubah halaman luar rumah anda seperti sebuah oasis.
Setiap set dijual mengandungi enam gelung wangian yang disusun dalam tiga pasangan seberat 12 gram setiap satu termasuk pemegang berbentuk bujur.
Menurut Diptyque, produk itu mengeluarkan keharuman serai yang segar bagi mencipta suasana tenang seperti di taman air, sekali gus menjadi cara untuk pengguna membentuk “oasis luar rumah”.
Setiap set merangkumi enam gelung wangian yang disusun dalam tiga pasangan seberat 12 gram setiap satu, bersama sebuah pemegang berbentuk bujur.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
- Asingkan hujung kedua-dua lingkaran tersebut
- Tarik perlahan-lahan untuk melepaskan salah satu
- Angkat tab tengah pemegang logam
- Pasang perlahan-lahan bahagian tengah lingkaran gelung tersebut pada pemegangnya sebelum menghidupkannya dengan api.
Harganya Mencecah RM276 Untuk Wangian Berupa Ubat Nyamuk?

Selain daripada rupanya, harganya juga membuatkan ramai netizen di Threads terkejut kerana satu set produk ini dijual dengan harga AS$68, bersamaan RM276.
Tambahan pula, jika anda berminat untuk membeli produk ini, jangan lupa untuk tambah pemegang seramik yang ditawarkan bersama dengan harga mencecah RM657.
Ini bermaksud, jumlah produk ini berharga, RM933.
Ubat Nyamuk Versi T20 Boleh Anda Beli

Menerusi keterangan produknya, Diptyque memilih bahasa puitis untuk menggambarkannya.
“Kepompong tenang ibarat taman air dihiasi batu, pokok pain, pohon limau berbunga dan air pancut berkilauan di bawah cahaya matahari.”
Tambahan pula, koleksi ini menampilkan kerjasama bersama artis, Mathilde Jonquière, mengambil inspirasi daripada cebisan enamel di Venice, Itali mencipta sebuah koleksi mewah dihiasi dengan kaca, emas dan botol edisi terhad.
Ironinya, pemilihan wangian serai itu sendiri, yang memang dikenali sebagai penghalau nyamuk semula jadi, menjadikan produk ini umpama ubat nyamuk paling mewah untuk dibeli.
Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen di Threads berseloroh melihat produk tersebut berkongsi pendapat dan jenaka seperti:
- bukan nyamuk, tapi ‘nyamuqe‘
- Ini seperti belacan digelarkan ‘shrimp bouillon’
- ‘it’s giving ✨ubhatte nyamuque aesthetique✨’
Jadi, adakah anda akan membelinya satu hari nanti?
Lima Lagi Barangan Harian Yang Dijual Oleh Jenama Mewah
Menariknya perkara yang dilakukan oleh Diptyque bukanlah sesuatu yang unik kerana jenama mewah sering mengeluarkan barangan harian dengan harga mahal seperti lima contoh ini:
#1. Bata Merah Supreme (RM150)

Antara jenama streetwear terkenal di dunia dari New York, Amerika Syarikat. Supreme cukup terkenal dengan logo kotak merah ikonik serta menghasilkan pelbagai barangan aksesori yang tidak masuk akal.
Contohnya pada 2016, jenama ini mengeluarkan sebiji bata merah berlogo Supreme dan masih menjadi buruan peminat sehingga kini.
#2. Klip Kertas Tiffany & Co (RM6,087)

Klip kertas ini diperbuat daripada emas 18 karat dengan ukuran 2.5 inci panjang. Tiffany & Co turut menawarkan versi lebih murah yang diperbuat daripada perak.
#3. Kad Permainan Daun Terup Hermès (RM507)

Set ini hadir dengan dua set kad bridge berjenama, lengkap dengan sebuah kotak berwarna oren yang menjadi identiti serta lambang jenama mewah ini.
#4. Sabun Cuci Tangan Burberry (RM219)

Sabun tangan mewah ini ditawarkan tiga pilihan wangian iaitu purple hyacinth, english rose dan cedar wood.
Nak pakai banyak pun risau dibuatnya.
#5. Pengisar Dolce & Gabbana (RM3,449)

Selain daripada pengisar, jenama mewah Itali ini turut menjual pembakar roti, peti sejuk dan cerek teh untuk melengkapkan dapur anda dengan jenamanya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’ | VoxPop
Baca Artikel Berkaitan: Teknik ‘Layering’ Dalam Semburan Minyak Wangi Boleh Buat Bau Tahan Lebih Lama. Jom Cuba! | VoxPop
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial VoxPopbm , , Threads dan .



