VoxPop
Now Reading
Tular Kasut ‘Muslim Friendly’ Guna Kulit Babi, Ini Penjelasan Syarikat

Tular Kasut ‘Muslim Friendly’ Guna Kulit Babi, Ini Penjelasan Syarikat

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar visual salah satu produk kasut oleh Qalofa yang tertulis mengandungi kulit babi pada bahagian lining.

In Brief
  • Syarikat Qalofa Empire menjelaskan bahawa maklumat 'pigskin lining' pada produk kasut mereka adalah tidak tepat dan salah.
  • Kasut yang dijual sebenarnya menggunakan bahan kulit PU dan bukan kulit haiwan sebenar, termasuk babi.
  • Produk kasut berkenaan telah dikeluarkan daripada laman web rasmi syarikat setelah isu ini tular di media sosial.

Jangan lupa follow channel  VoxPopbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat umat Islam, penting untuk menjauhi perkara yang haram, termasuklah najis mughallazah atau berat yang perlu dielakkan dalam apa jua keadaan.

Salah satu najis mughallazah yang diharamkan dalam Islam ialah babi.

Bukan setakat sebagai sumber makanan sahaja, tetapi semua bahagian daripada haiwan itu adalah najis dan tidak boleh digunakan sama sekali oleh umat Islam.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pesan Nasi Ayam Untuk Keluarga, Makanan Sampai Lauk Babi Buat Ramai Terkejut

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Susukan Anak Babi Raih Kecaman, Influencer Tampil Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: Daging Babi Hanya Boleh Dijual Di Tempat Tertentu Sahaja Di Shah Alam

Syarikat Perjelas Kesalahan Pada Visual Produk Kasut

Baru-baru ini, syarikat produk fesyen, Qalofa Empire tampil memberi penjelasan mengenai salah satu visual produk kasutnya yang menyatakan penggunaan ‘pigskin lining‘.

Katanya, maklumat itu adalah tidak tepat dan sebenarnya kasut-kasut yang dijual oleh syarikat itu hanya menggunakan bahan kulit PU dan bukanlah kulit haiwan sebenar.

“Kesilapan tersebut telah diperbetulkan sebaik sahaja kami menyedarinya. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan menghargai setiap teguran yang diberikan,” katanya.

Sumber: Threads

Tular Salah Satu Produk Kasut Mengandungi Kulit Babi

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar salah satu produk kasut yang ditawarkan oleh Qalofa.

Menerusi hantaran di Threads (@puterifara.fh), seorang wanita mendedahkan bahawa salah satu produk kasut yang ditawarkan oleh syarikat itu menggunakan kulit babi pada bahagian alasnya (lining).

Produk itu bagaimanapun telah dikeluarkan daripada listing di dalam laman web rasmi syarikat berkenaan.

“Walaupun dah delete dekat website, tapi ada hamba Allah yang sempat screenshot,” katanya.

Sumber: Threads
View on Threads

Kasut Dijual Oleh Qalofa Ditempah Dari China

Menerusi semakan kami, Qalofa merupakan syarikat tempatan yang didaftarkan di Melaka.

Semakan di laman web rasminya pula mendapati pelbagai jenis kasut yang dijual dan bukanlah hanya bagi tujuan umrah semata-mata.

Berdasarkan bahagian ‘About‘ di laman web Qalofa, setiap koleksi kasutnya dijual secara pre-order dan ditempah dari Guangzhou, China kerana boleh didapatkan pada harga mampu miilk.

Sebelum ini, tertera ‘100% muslim friendly‘ di akaun Instagram syarikat berkenaan, namun ia telah dipadam dipercayai setelah tular isu ini.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Tunjuk Produk Makanan Di Rak Dengan Label Amaran Babi, Ada Yang Pernah Makan Rupanya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial VoxPopbm , , Threads dan . 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 VoxPop. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd